31 August 2005

Selamat Hari Merdeka

Tanggal 31, Bulan 8, 57 Hari yang Mulia... Hari Bahagia...

Hari ini adalah Hari Kemerdekaan yang ke-48 buat negara kita Malaysia. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita menyambut hari kemerdekaan dengan jayanya pada tahun ini. Dengan keadaan msyarakat yang berbilang kaum, perpaduan yang dikecapi adalah amat menakjubkan. Bukan kepada kita sahaja tapi kepada seluruh pelusuk dunia.
Tahukah korang apa tema hari kebangsaan kita pada tahun ni? Tema untuk hari kebangsaan akan bertukar setiap tahun. Jangan asyik leka nak sambut aje tapi tema pun tak tahu. Kalau tak tahu, aku nak bagitahu kat korang. Tema hari kebangsaan bagi negara kita Malaysia pada tahun 2005 ialah Keranamu Malaysia.
Dalam kita tak sedar, rupanya dah 48 tahun kita merdeka. Setiap kali tiba hari kemerdekaan pastinya mulut kita tak sunyi dari mengenang jasa pahlawan-pahlawan kita dahulu yang berjuang menentang penjajah. Namun begitu, harus kita ingat... walaupun kita tak dijajah secara realiti pada ketika ini... Penjajah masih meninggalkan warisnya. Korang tahu apa warisnya? Sudah pasti waris yang ditinggalkan ialah sesuatu yang merosakkan jiwa kita. Peradaban kita sebagai orang Timur kian luput. Itulah bentuk jajahan moden. Mereka gagal menjajah secara fizikal namun berjaya dari segi rohaninya.
Aku bukan anti Inggeris. Bukan semua yang mereka sumbangkan adalah yang buruk belaka. Terdapat juga perkara-perkara baik yang disalurkan umpama teknologi yang dibawa. Kita harus manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Adalah amat menyedihkan melihat remaja kita pada hari ini yang lebih gemar berfoya-foya ke sana sini menghabiskan masa tanpa arah tujuan. Sakit mata aku melihatnya. Walaupun bukan aku yang buat tapi aku malu kerana mereka sebangsa dengan aku.
Aku taknak membebel tentang perkara jajahan diri ni. Nanti korang boring pulak. So kat sini aku nak utarakan satu topik yang mungkin agak baru tapi aku rasa topik ni pernah dibincangkan. So, kat sini aku nak bincangkan semula dengan korang. Nak mintak pendapat dan reaksi daripada korang pulak.
Aku nak bincangkan tentang lagu KeranaMu Malaysia ni. Aku memamg suka dengar lagu patriotik ni sebab kebanyakkan melodinya sedap didengar. Kita hanya mendengar melodinya saja tapi kurang menghayati lirik lagunya. Jika korang betul betul hayati lirik lagu KeranaMu Malaysia ni, aku rasa korang pun mungkin akan sedar terdapat beberapa lirik lagu tersebut tak patut ditulis sebegitu. Kat sini aku nak 'paste' lirik lagu tersebut dan nanti aku bagi komen aku...
------------------------------------------------------------------------------------
KeranaMu Malaysia
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !
------------------------------------------------------------------------------------
Komen aku ialah... korang mesti nampak ayat yang aku 'bold' kan tu kan... Korang dapat tangkap tak apa aku nak katakan ni? Aku rasa si Pak Ngah & Siso yang mencipta lagu ni tak peka tentang benda-benda macam ni. Asal lagu boleh jual sudah. Sepatutnya nak buat lirik pun kita kene berhati-hati. Jangan ingat diri sudah cukup pandai bermain lirik tapi sebenarnya tidak.
Keranamu? Aku rasa Keranamu ni lebih kepada Negara kita Malaysia. Pada pendapat aku Keranamu itu sepatutnya kita tujukan kepada Allah swt. Kerana Dia lah kita hidup aman merdeka sehingga kini. Ada yang tak setuju dengan pendapat aku tak? Sila bagi komen ok. Aku taknak komen lebih-lebih nanti kene tangkap ISA pulak aku muehehe... Sendiri mahu ingat, sendiri boleh fikir.

1 comment:

Anonymous said...

betul jugak apa awak kata...kerana mu tu sepatutnya pada-Nya..tapi mungkin pada fikiran yang menulis lirik berbeza dengan awak..