29 August 2005

Mentor yang Mentol

Aha... halo bebeh... kembali lagi aku ke halaman blog untuk aku menitipkan apa yang sedang bermain dan berlegar di ruang fikiran aku ni. Kali ni aku taknak berbicara tentang diri aku tapi aku nak berbicara tentang keadaan semasa yang berlaku di sekeliling kita. Perkara ni lebih menjurus kepada dunia hiburan tanah air kita. Sebagaimana topik yang aku dah set tu, pastinya korang dah tahu apa yang aku nak bicarakan (nada serius sambil kening terangkat sebelah dan tangan mengurut dagu).

Mentor... itulah topik yang aku nak soalkan ketika ini. Sebenarnya aku tak sedar langsung tentang kewujudan Mentor ni. Tiba-tiba aje semalam ada Final Mentor. Barulah aku perasan yang Mentor ni jugak adalah program realiti tv macam Akademi Fantasia walaupun takde diari seharian. Sedihnya aku tengok kat Mentor ni. Mungkin promosi tak sehebat Astro agaknya.
Sebenarnya aku pun tak paham apa dah kene dengan industri hiburan kat Malaysia ni. Macam-macam bentuk pertandingan ada tapi ke mana arah artis yang dihasilkan selepas itu? Hilang sepi tanpa berita. Semua ni adalah rancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan melalui undian sms aje. Apa nak jadi pada 'bakal artis' tu lantak diorang lah. Yang penting kocek berisi. Glamor yang dikecapi hanya sementara. Itu adalah suatu cerita yang amat ngeri...
So far, aku memang tak kenal langsung walau seorang pun protege dalam mentor ni. Semuanya berebut-rebut nak jadi artis. Ada yang sanggup berhenti belajar semata-mata nak jadi artis. Apa kejadahnya semua ini? Lama sangatkah kita nak kecap glamor sekiranya jadi artis? Harus diingat, pada masa sekarang ini. Berpuluh-puluh artis baru akan dihasilkan melalui program seperti ini. Aku amat pasti, sebahagian daripada mereka pasti tidak akan mendapat tempat dalam industri hiburan kita. Sedih dan sadis....
Kesimpulan yang dapat aku buat ialah... ramai di kalangan kita lebih beria-ia untuk mengecap populariti. Tak kesahlah walaupun populariti murah asalkan muka dapat masuk tv atau majalah. Bagi aku... tandatangan aku amat mahal... tak semudah memberi 'sign' kat baju atau kertas sampah. Bukan nak jeles tapi aku memang menyampah macam dah kurang sangat artis kat Malaysia ni... Blah...

2 comments:

Anonymous said...

dunia glamour itu sungguh indah pada pandangan mereka..sayang seribu kali sayang ..semua itu tak menjamin apa2..hanya keseronokan semata2..dunia ni memang mengkhayalkan..kita yang di anugerahkan dengan akal fikiran berfikirlah sedalam2 nya...

MurSh said...

alah papa sayang...mentol ke..mentor ke..yang penting kiter hepPy...kan papa kan????
papa...mama rendu kat papa la..jom romantik2