31 August 2005

Selamat Hari Merdeka

Tanggal 31, Bulan 8, 57 Hari yang Mulia... Hari Bahagia...

Hari ini adalah Hari Kemerdekaan yang ke-48 buat negara kita Malaysia. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita menyambut hari kemerdekaan dengan jayanya pada tahun ini. Dengan keadaan msyarakat yang berbilang kaum, perpaduan yang dikecapi adalah amat menakjubkan. Bukan kepada kita sahaja tapi kepada seluruh pelusuk dunia.
Tahukah korang apa tema hari kebangsaan kita pada tahun ni? Tema untuk hari kebangsaan akan bertukar setiap tahun. Jangan asyik leka nak sambut aje tapi tema pun tak tahu. Kalau tak tahu, aku nak bagitahu kat korang. Tema hari kebangsaan bagi negara kita Malaysia pada tahun 2005 ialah Keranamu Malaysia.
Dalam kita tak sedar, rupanya dah 48 tahun kita merdeka. Setiap kali tiba hari kemerdekaan pastinya mulut kita tak sunyi dari mengenang jasa pahlawan-pahlawan kita dahulu yang berjuang menentang penjajah. Namun begitu, harus kita ingat... walaupun kita tak dijajah secara realiti pada ketika ini... Penjajah masih meninggalkan warisnya. Korang tahu apa warisnya? Sudah pasti waris yang ditinggalkan ialah sesuatu yang merosakkan jiwa kita. Peradaban kita sebagai orang Timur kian luput. Itulah bentuk jajahan moden. Mereka gagal menjajah secara fizikal namun berjaya dari segi rohaninya.
Aku bukan anti Inggeris. Bukan semua yang mereka sumbangkan adalah yang buruk belaka. Terdapat juga perkara-perkara baik yang disalurkan umpama teknologi yang dibawa. Kita harus manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Adalah amat menyedihkan melihat remaja kita pada hari ini yang lebih gemar berfoya-foya ke sana sini menghabiskan masa tanpa arah tujuan. Sakit mata aku melihatnya. Walaupun bukan aku yang buat tapi aku malu kerana mereka sebangsa dengan aku.
Aku taknak membebel tentang perkara jajahan diri ni. Nanti korang boring pulak. So kat sini aku nak utarakan satu topik yang mungkin agak baru tapi aku rasa topik ni pernah dibincangkan. So, kat sini aku nak bincangkan semula dengan korang. Nak mintak pendapat dan reaksi daripada korang pulak.
Aku nak bincangkan tentang lagu KeranaMu Malaysia ni. Aku memamg suka dengar lagu patriotik ni sebab kebanyakkan melodinya sedap didengar. Kita hanya mendengar melodinya saja tapi kurang menghayati lirik lagunya. Jika korang betul betul hayati lirik lagu KeranaMu Malaysia ni, aku rasa korang pun mungkin akan sedar terdapat beberapa lirik lagu tersebut tak patut ditulis sebegitu. Kat sini aku nak 'paste' lirik lagu tersebut dan nanti aku bagi komen aku...
------------------------------------------------------------------------------------
KeranaMu Malaysia
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !
------------------------------------------------------------------------------------
Komen aku ialah... korang mesti nampak ayat yang aku 'bold' kan tu kan... Korang dapat tangkap tak apa aku nak katakan ni? Aku rasa si Pak Ngah & Siso yang mencipta lagu ni tak peka tentang benda-benda macam ni. Asal lagu boleh jual sudah. Sepatutnya nak buat lirik pun kita kene berhati-hati. Jangan ingat diri sudah cukup pandai bermain lirik tapi sebenarnya tidak.
Keranamu? Aku rasa Keranamu ni lebih kepada Negara kita Malaysia. Pada pendapat aku Keranamu itu sepatutnya kita tujukan kepada Allah swt. Kerana Dia lah kita hidup aman merdeka sehingga kini. Ada yang tak setuju dengan pendapat aku tak? Sila bagi komen ok. Aku taknak komen lebih-lebih nanti kene tangkap ISA pulak aku muehehe... Sendiri mahu ingat, sendiri boleh fikir.

29 August 2005

Mentor yang Mentol

Aha... halo bebeh... kembali lagi aku ke halaman blog untuk aku menitipkan apa yang sedang bermain dan berlegar di ruang fikiran aku ni. Kali ni aku taknak berbicara tentang diri aku tapi aku nak berbicara tentang keadaan semasa yang berlaku di sekeliling kita. Perkara ni lebih menjurus kepada dunia hiburan tanah air kita. Sebagaimana topik yang aku dah set tu, pastinya korang dah tahu apa yang aku nak bicarakan (nada serius sambil kening terangkat sebelah dan tangan mengurut dagu).

Mentor... itulah topik yang aku nak soalkan ketika ini. Sebenarnya aku tak sedar langsung tentang kewujudan Mentor ni. Tiba-tiba aje semalam ada Final Mentor. Barulah aku perasan yang Mentor ni jugak adalah program realiti tv macam Akademi Fantasia walaupun takde diari seharian. Sedihnya aku tengok kat Mentor ni. Mungkin promosi tak sehebat Astro agaknya.
Sebenarnya aku pun tak paham apa dah kene dengan industri hiburan kat Malaysia ni. Macam-macam bentuk pertandingan ada tapi ke mana arah artis yang dihasilkan selepas itu? Hilang sepi tanpa berita. Semua ni adalah rancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan melalui undian sms aje. Apa nak jadi pada 'bakal artis' tu lantak diorang lah. Yang penting kocek berisi. Glamor yang dikecapi hanya sementara. Itu adalah suatu cerita yang amat ngeri...
So far, aku memang tak kenal langsung walau seorang pun protege dalam mentor ni. Semuanya berebut-rebut nak jadi artis. Ada yang sanggup berhenti belajar semata-mata nak jadi artis. Apa kejadahnya semua ini? Lama sangatkah kita nak kecap glamor sekiranya jadi artis? Harus diingat, pada masa sekarang ini. Berpuluh-puluh artis baru akan dihasilkan melalui program seperti ini. Aku amat pasti, sebahagian daripada mereka pasti tidak akan mendapat tempat dalam industri hiburan kita. Sedih dan sadis....
Kesimpulan yang dapat aku buat ialah... ramai di kalangan kita lebih beria-ia untuk mengecap populariti. Tak kesahlah walaupun populariti murah asalkan muka dapat masuk tv atau majalah. Bagi aku... tandatangan aku amat mahal... tak semudah memberi 'sign' kat baju atau kertas sampah. Bukan nak jeles tapi aku memang menyampah macam dah kurang sangat artis kat Malaysia ni... Blah...

28 August 2005

Keadaan "opis" aku di rumah...

Cesss... akhirnya aku terpaksa membongkar misteri "opis" aku ini. Korang tahu kenapa? Mestilah korang tak tahu kalau aku tak cerita... Apelah bijaksana betul aku ni muehehehe... Kerana aku sudah tak tahan dan rasa amarahku telah meluap-luap kerana nyamuk brengset asyik duk men'inject' sesungut mencuri beberapa mililiter kapasiti darah merah aku.

Gambar kat sebelah tu ialah keadaan "opis" aku. Berserabut skit "opis" aku ni. Kat sinilah aku selalu membazirkan masa aku muahaha... Aku snap gambar ni pun guna pc camera. Senang skit... Malas aku nak guna digital kamera, nanti nak transfer gambar ke situlah ke sinilah... Snap guna pc kamera aje senang terus boleh save kat komputer. So... aku bukan nak cerita tentang kamera tapi aku nak cerita tentang "opis" aku yang menarik ni. So far keadaan "opis" aku masih terurus. Nampak kemas di mata aku tapi nampak serabut di mata kawan-kawan aku muahaha... Ni adalah view dari sudut 60 darjah dari satah normal arah Barat Daya huhuhu...
Ni pulak keadaan bawah meja komputer aku. Perghhh... kat sinilah aku rasa nyamuk membiak. Aku harap takde air bertakung kat bawah ni. Ataupun tikus mati tersepit ke huhuhu... Hampehnye nyamuk ni. Habis berbintat-bintat kaki aku kene inject. Konpius betul aku camne nyamuk leh ada kat bawah ni. Aku tak buat iklan rumah sewa pun. Nampaknye aku kene mengambil tindakan drastik untuk menghapuskan nyamuk yang semakin berleluasa bermukim di bawah meja aku ni. Akan aku beli ubat nyamuk sebentar lagi. Ya.. itulah langkah bijak yang baru aku terfikir tadi. Hampeh...
Semoga kisah aku ini menjadi pengajaran kepada korang. Jagalah keadaan "opis" korang dengan baik. Aku sedar aku seorang yang kemas. Tapi apakan daya... aku cuma insan biasa huhuhu... Jagalah Kebersihan Untuk Kesihatan yang baik. Majulah internet untuk diri sendiri. Adios...

27 August 2005

Panorama Tempat Keje Ku

Korang nak tahu tak aku keje kat mana? Ape, taknak tahu? Tak guna korang... memang tak pandai ambik hati aku langsung muahaha... Lantaklah korang taknak tahu pun tapi aku nak bagitahu jugak.

Begini ceritanya... Pada suatu hari di pagi Sabtu lebih kurang pukol 9.30am (lewat dah pegi keje 1 jam 30 minit) ketika itu aku masih di rumah... Aku pun bersiap-siap untuk pergi ke tempat keje aku. Almaklumlah keje kat construction site macam ni lah keadaannya muahahaharun salim bachik. Boss aku pulak asik kat opis aje (Puchong) manalah nak tahu keadaan aku kat site kalau aku tak cerita kat dia. Ish... bahaya ni... kang ada yang jadi spy pulak. Grrr...

Tadi aku sempatlah mengambil gambar keadaan terkini site Pavilion KL sehingga ke hari ini. Korang tengoklah sendiri suasananya. Pasti tak menghiburkan hati korang. Muahaha... Dah lama aku tak ambil gambar kat site ni tapi hari ni tetiba rasa nak ambil pulak semenjak aku buat blog ni. Excitedlah kononnya tu huhuhuhu...

Ni zon tempat aku keje skang. Tadi baru siap. Banyak lagi keje nak kene buat tapi aku kene tunggu keje sub-con lain. Tu yang boring tu. Ni Zon A dan part of Zon G. Nama Project Managernya Mr. Chew.








Ni fulak Zon B. Project Manager zon ni namanya Mr James Wong. Zon ni laju jugak progress nye. Ada aje keje aku kat sini. Tak menang tangan dan kaki aku dibuatnye. Kat zon ni dah tak berapa banyak sangat keje aku sebab mostly aku dah siapkan. Tengoklah dah naik 4 tingkat dah tu.


Ni pulak keadaan kat Zon C. Project Manager nye masih Mr James Wong. Besar jugak Zon C ni. Hari tu berpeluh jugak aku nak rush siapkan keje kat area ni sampai kene bising bising dek si Project Manager ni. Dia delay takpe... aku yang tak delay ni di suruh cepat siap. Habis aku suruh workers aku OT sampai 6 jam setiap hari. Hampeh...




Ni pulak suasana kat Zon G dan Zone E. Project Manager Zon G ialah Mr Chew manakala Project Manager Zon E ialah Mr Soon. Zon G yang banyak bored pile tu boleh di hack lagi. Aku rasa dalam waktu terdekat nanti aku akan buat keje kat zon ni la. Luas gak zon ni. Zon E pulak aku tak tahu bila aku akan masuk ke sana. Mungkin lambat lagi kot. Tahun depan agaknye.




Haha... itu ajelah gambar yang dapat aku snap untuk tatapan korang semua. Semoga korang ceria gembira dan terhibur hendaknya membaca kisah best dan menarik dari aku ini. Nantikan episod yang seterusnya...

Keje Senang Tapi Jadi Susah

Disambung semula dari cerita dongeng siang tadi...


Starter bar (top and bottom) yang telah di install ke 'diaphragm wall'. Disebabkan bottom bar untuk slab dah di 'laid' terlebih dahulu maka ianya telah menyusahkan kerja aku. Aku terpaksa guna tower crane untuk jek bottom rebar tu naik pastu baru starter bar aku boleh install.




Pandangan dari atas menunjukkan keadaan starter bar yang telah di install ke 'diaphragm wall'. Starter bar perlu berada di bawah slab rebar. Jadi, amatlah rumit bagi aku nak buat kerja macam ni. Buang masa beb! Badigol punye sub-con, hape tak reti buat keje ke?



Tengok tu... betapa susahnya workers aku nak planting starter bar. Top & bottom slab rebar dah pasang. Apa kejadahnya semua ini? Keje yang mudah jadi susah? Di mana sikap tolak ansur ketika bekerja? Edisi hampeh melaporkan untuk tv shivai muahahaha...

26 August 2005

Shivai Tol La....

Yeahaaa... kembali lagi aku menitipkan blog untuk diri aku bak syok sendiri ini. Ahh... haku fedulik hape... yang penting aku suka dan bahagia muahahaha...

Korang tahu tak gambar kat sebelah tu hape? (Tak termasuk gambar aksi rilek, respek & respon aku ketika geram tu). Tu kat site aku tu. Keje aku ialah Installation of Starter Bars. Tu ajelah keje aku kat situ. Nampak mudah tapi susah... hampeh! Shivai tol boss taknak bagi aku sorang site supervisor. Kalau idak senang keje aku.

So hari ni macham vavik sket. Haku hingat keje aku senang tapi ada masalah pulak. Si LEMBU ops... tersasul pulak... si COW (Clerk Of Work) tu taknak inspect pulak keje aku. Dia kata keje aku silap. Kene drill lobang lain untuk starter bar. Vavik nye dia nak drill lain. Fenin kefala aku jap bila dia kata camtu. Shivai tol.
Kalau setakat nak drill semula 2, 3 lobang takpe... Ini sampai 80 lobang. Bapaknye dia nak re-drill. Sudahnye aku jumpe RE (Resident Engineer) untuk selesaikan masalah yang menserabut kelapakan kepala otak aku ni. Bongoknye COW, ukuran starter bar aku semua dah betul. Bukan aku yang buat silap tapi sub-con lain yang silap. Nak letak masalah kat aku pulak. Kefala abah dia laa... muahaha...
Tapi akhirnya problem itu solve jugak tapi workers aku kene buat keje lebih skit. Kalau boss aku tahu mesti dia bengang punye ni sambil molot dia pot pet pot pet menampakkan gigi jongang dia muahahaha... Optimizekan kita punya production. Itulah ayat yang selalu diucapkan ke telinga aku ni. Dah burink aku dengar. Kefala hotak dia laa... Tahu nak untung aje tapi masalah kasi aku handle sesorang. Shivai tol... errr... berapa banyak shivai dah aku taip ni??? Kowang ada kira tak? Muahaha... Dah tajuk pun shivai.... standard chartered lah tu muahaha...
Okeh bebeh... nanti aku sambung balik... chow teh beng saa...

25 August 2005

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 Tahun 2005

Haha... ni adalah gambar terbaru aku. Baru aje snap melalui pc kamera tadi terus diupload ke blog yang baru aku buat sebentar tadi ni.
Mungkin kualiti gambar kurang memuaskan sebab pc kamera murahlah katakan. Beli kat pc fair hari tu RM30 aje.
So disebabkan aku boring dan tak tahu nak buat hari ni jadi aku pun menggodeklah internet ni dan tetiba rasa nak buat blog pulak. Mungkin ada yang boring nak baca blog aku ni tapi aku pedulik hape... yang penting aku bahagia muahahaha...
Hari ni aku cuti keje. Aku tulis kat leave form kata balik kampung walhal aku masih ada kat KL. Aku ada test Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 Tahun 2005 hari ni kat Vistana Hotel, KL. Sebab tu aku mintak cuti hari ni. 8 bulan aku tunggu baru diorang panggil test. Itu baru test belum temuduga lagi. Kalau lulus test baru boleh temuduga. Soalan test bapak punye senang tapi masa yang diberi macam shibai ajek.
Soalan jenis tak sempat nak semak punye. Baca terus tanda. Kalau tak buat macam tu masa memang mencemburui anda... chewahhh... Apa yang aku hangin tu masa masuk seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Seksyen ni macam Matematik taraf SPM dan Pra-Universiti. Jumlah soklan 40, masa yang diberikan 45 minit. Kalkulator tak boleh guna. Kepala hotak hotak hai dia... Maknenye 1 soalan perlu ambil masa 1.125 minit. Gila... Albert Einstein pun tak sempat nak jawab. Bukan aje Albert Einstein tapi Newton, Archimedes, Yap Ah Loy, Dr Seenivasagam, Prof Amir Khomeiny dan Maznah Senget pun tercungap-cungap kalau nak menjawab soalan mudah tapi masa yang diberi macam vavik tu. Hampeh... Errr... apa aku melalut ni daaa...
Esok keje pulak... Aura burink dah terasa hari ni dah. Lagi sekali vavik muahahaha... Keje separuh mampuih tapi gaji ciput. Kedekut dan kemut punye boss. Tumbuk gigi jongang kau bagi patah kang baru tau muahaha...
OKlah aku nak blah duluu... Doakan semoga aku dapat interbiu gabermen dan seterusnya menjadi ahli gabermen. Amin...